Wednesday 3 April 2013

Borang Kaji Selidik


Kali ini, Ablong ingin memaklumkan kepada para peserta pakej DAKNA yang kini sudah ada satu lagi saluran secara online untuk memberi maklum balas tentang perkhidmatan yang diberi oleh pihak DAKNA.

Juru mutawif dan pengiring setiap pakej DAKNA kini akan mengedarkan borang kaji selidik secara manual supaya sebarang komen atau cadangan untuk mengelokkan mutu khidmat DAKNA dapat dikenalpasti.

DAKNA sentiasa menganggap sebarang respons dari borang ini amat penting bagi membolehkan usaha penambahbaikan kepada kualiti perkhidmatan dapat dilaksanakan dari masa ke semasa.

Jadi kepada mereka-mereka yang memang sentiasa berlegar di alam siber, rebut peluang ini dan jangan risau kerana anda dapat mengisi borang online ini tanpa gusar dan gentar kerana identiti anda tidak diperlukan - anda cuma mesti memaklumkan tarikh pakej yg dilanggani, ok?

Borang Kaji Selidik ini dapat di isi secara online di sini:

 >>>[Borang Kaji Selidik Online]

Sampel Borang Kaji Selidik yang boleh diisi secara online

No comments:

Post a Comment