Thursday 11 April 2013

Dokumen tambahan - khusus untuk jemaah wanita di bawah umur 45 tahun

Di tahun 2013, semua operator umrah telah diberi maklum oleh kedutaan arab saudi bahawa semua jemaah wanita yang ingin mengerjakan umrah perlu disertai oleh mahram yang sah melainkan wanita yg sudah berumur 45 tahun ke atas.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas boleh menyertai "women group" dan tidak akan mengalami masalah pengesahan mahram.

Gambar Hiasan

Bagi jemaah wanita yang belum mencapai umur 45 tahun, pemergian mereka ke tanah suci WAJIB disertai oleh mahram yang sah, yakni kalau sudah berkahwin mesti bertemankan oleh suami atau anak lelaki yg berumor sekurang-kurangnya 18 tahun atau mana-mana saudara kandung, ayah saudara, datuk.

Pengesahan itu mesti dilakukan melalui dokumen sokongan bagi menentukan hubungan mahram nya contoh; kalau suami isteri perlu disokong oleh surat nikah, anak dan bapak disokong oleh surat beranak.

Bukan itu sahaja, fotokopi dokumen berkenaan mesti di sahkan oleh jabatan pendaftaran negara (surat beranak) dan jabatan agama islam (bagi sijil nikah).

Tambahan kepada ini dokumen-dokumen ini juga perlu disahkan oleh Wisma Putra. Dan semua pengesahan ini mesti disertakan dengan dokumen asal. Hanya pergi kaunter Wisma Putra di Putrajaya, jumpa pak guard untuk dapatkan nombor giliran bagi urusan pengesahan.

Hanya selepas dokumen-dokumen sokongan ini diperolehi barulah urusan visa umrah dapat dilaksanakan....

Amacam pening kepala tak... apa nak buat... kita nak masuk rumah orang.... deme dah bagi syarat macam tu.... kita kena akur sebab kita nak kerjakan kerja yang baik.... kenalah ikut tatacara nye secara baik.....

Ablong : urut dada je le yob... sambil istighfar.....



No comments:

Post a Comment