Friday 12 April 2013

Kasih bertautdi bumi barokah

"Macamana dengan permohonan visa semua ahli jemaah kita yg akan berlepas 13 februari ni?", ablong bertanya untuk kepastian.

"Semua lulus kecuali 4 orang", jawab akmam, eksekutif Dakna yg sudah biasa berurusan dgn agen visa.

"Ya Allah... siapa depa ni?" , tanya ablong kembali.

Bila ablong meneliti senarai nya, terdapat dua orang dari taiping (pakcik sehu dan isteri) dan dua orang lagi dari ipoh (sdr ashman dan mak nya).

"Ini dah hari jumaat 8 feb..... Rabu 13 feb dah nk bertolak. ... isnin dan selasa kedutaan arab saudi tutup sebab raya cina... memang dah tak sempat nak rayu sebelum berlepas", andaian ini bermain di fikiran ablong.

[Sebenarnya visa mereka ni tak reject tapi belum lulus dan masa untuk follow up sudah kesuntukan sebabkan cuti raya cina tersebut - komplikasi timbul bila kedapatan dokumen tambahan yg diminta dan ini boleh melewatkan proses kelulusan]

Dato telah buat keputusan supaya ablong pegi jumpa pakcik sehu di rumah nya petang jumaat tu jgk. "Kita kena bagi tahu diarg personally - ablong pergi jumpa pakcik sehu biar abah jumpa ashman dgn mak nye semasa taklimat di ipoh esok", itu pesan dato pada ablong.

Ayahanda dah bertitah maka ablong kena laksanakan la... ablong ajak fadzly dan kitaorg pegi ke taman lela cari rumah pakcik sehu...

Kami smpi ke rumah pakcik Sehu lebihkurang pukul 7ptg dan berita mengejut itu disambut dgn deraian airmata makcik Jahara yg terkilan sgt dgn berita itu bak halilintar yg menyambar.

Pakcik sehu tenang mendengar berita itu namun menceritakan perihal kesedihan isterinya, "cubalah haji hadi tengok macmana tak sedihnya makcik hang ni..... semua bag dah siap kemas" - pakcik sehu menunjukkan deretan bagasi yg hanya menunggu tuan nya mengangkat ke dalam kenderaan.

"Kami ni dah ready nak pegi kl ke rumah hasnul sebelum berlepas rabu ini", tambah pakcik lagi. Pakcik sehu reda dengan ketetapan ilahi, "Biar pakcik pujuk makcik ni... nanti dia ok la."

[Sedikit cerita latar..... deme ni dah rancang nak pergi umrah 4 beranak... pakcik sehu dan makcik jahara... serta anaknya hasnulhady serta isterinya, shafarizan - ablong dah contact hasnul sebelum pergi ke taman lela dan dia juga frust giler dgn perkembangan ni - "kami dah lama plan umrah ni... saya dan isteri pun dah siap ambik cuti]

To keep the story short.... semua telah pasrah dgn keadaan ini dan hasnulhady dan isteri setuju utk teruskan dalam pakej 13 feb tapi kami dakna akan usahakan supaya pakcik dan makcik dpt menyertai pakej Dakna yg berikutnya yg dijadualkan pada 20feb.

Diaorg kena terpisah sekarang tapi dpt sekurang-kurang nya sempat berumrah bersama dipenghujung perjalanan pakej 13feb.. itulah harapannya sekarang.

Hakikatnya.... cabaran di pihak kami belum selesai kerana realiti nya.... tiket untuk 20feb dah habis... Setelah memujuk dan berunding dgn agen tiket penerbangan akhirnya dua tiket untuk pakcik sehu dan makcik jahara dpt diperolehi.... itupun lantaran dua pemohon visa utk tarikh itu jgk tidak dapat memperolehi visa.

Masih ingat lagi ablong bilamana berita ini dikabarkan kepada hasnol dan isteri di dewan makan di madinah, mereka kelihatan begitu terharu dan mengucapkan terimakasih yg tak terhingga.

Begitu jgk ablong di fahamkan oleh Akmam bahawa makcik jahara skali lagi menangis mendapat berita ini tapi kali ini diiringi rasa syukur dan gembira.

Maka nya, pentas telah disiapkan untuk pertemuan bersejarah di mekah bagi pakcik sehu, makcik jahara, hasnolhady dan istrinya shafarizan.

Ablong dan Dato akhirnya dapat menghela nafas lega sedang kami memanjatkan kesyukuran ke hadhrat ilahi dlm menjadi saksi kepada episod kasih bertaut di tanah barokah.....

Labbaikallahummalabbaik.......

Thursday 11 April 2013

Dokumen tambahan - khusus untuk jemaah wanita di bawah umur 45 tahun

Di tahun 2013, semua operator umrah telah diberi maklum oleh kedutaan arab saudi bahawa semua jemaah wanita yang ingin mengerjakan umrah perlu disertai oleh mahram yang sah melainkan wanita yg sudah berumur 45 tahun ke atas.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas boleh menyertai "women group" dan tidak akan mengalami masalah pengesahan mahram.

Gambar Hiasan

Bagi jemaah wanita yang belum mencapai umur 45 tahun, pemergian mereka ke tanah suci WAJIB disertai oleh mahram yang sah, yakni kalau sudah berkahwin mesti bertemankan oleh suami atau anak lelaki yg berumor sekurang-kurangnya 18 tahun atau mana-mana saudara kandung, ayah saudara, datuk.

Pengesahan itu mesti dilakukan melalui dokumen sokongan bagi menentukan hubungan mahram nya contoh; kalau suami isteri perlu disokong oleh surat nikah, anak dan bapak disokong oleh surat beranak.

Bukan itu sahaja, fotokopi dokumen berkenaan mesti di sahkan oleh jabatan pendaftaran negara (surat beranak) dan jabatan agama islam (bagi sijil nikah).

Tambahan kepada ini dokumen-dokumen ini juga perlu disahkan oleh Wisma Putra. Dan semua pengesahan ini mesti disertakan dengan dokumen asal. Hanya pergi kaunter Wisma Putra di Putrajaya, jumpa pak guard untuk dapatkan nombor giliran bagi urusan pengesahan.

Hanya selepas dokumen-dokumen sokongan ini diperolehi barulah urusan visa umrah dapat dilaksanakan....

Amacam pening kepala tak... apa nak buat... kita nak masuk rumah orang.... deme dah bagi syarat macam tu.... kita kena akur sebab kita nak kerjakan kerja yang baik.... kenalah ikut tatacara nye secara baik.....

Ablong : urut dada je le yob... sambil istighfar.....



Sunday 7 April 2013

Jemaah Umrah berlepas lagi - 7 April 2013

Jemaah Dakna terus menerus memeriahkan aras 5 KLIA dengan berlepas nya penerbangnan MH8006 terus ke Jeddah.

Rombongan seramai 32 orang ini diketuai oleh En Muhammad Fadzly Shaharani telah bersiap berpakaian ihram dari KLIA kerana akan bermiqat semasa dalam penerbangan sebelum mendarat di Arab Saudi dan dijangka memasuki Kota Mekah pada malam ini (Waktu Saudi)


Bagasi Bagasi dikumpulkan untuk group check in.

CIk Akmam memantau para jemaah Dakna dengan begitu tekun...

Potret seorang ketua rombongan - Muhammad Fadzly Shaharani

Petugas Dakna tekun menguruskan check in bagasi jemaah secara group



Semua jemaah Dakna akan sentiasa diingatkan untuk berkumpul didepan Royal Selangor di aras 5 KLIA

Ketua rombongan tidak lupa membantu mempersiapkan para jemaah ... baik yg muda...


Yg tua juga dibantu oleh pengiring Dakna...

Hati riang dan pasrah menjadi tetamu Allah....

Para jemaah bersiap sedia menuruni eskalator menuju ke kaunter imigresen KLIA

Thursday 4 April 2013

Perubahan flight details

Pihak kami baru saja menerima maklumat tentang perubahan butiran penerbangan untuk semua pakej-pakej mulai dari bulan April 2013.


Berikut adalah maklumat berkenaan penukaran waktu berlepas sektor KUL/MED/KUL dan KUL/JED/KUL berkuatkuasa 05 April 2013 berikut adalah waktu perubahan:-

1/MH8006 07APR KUL/JED 1140/1525LT
1/MH8001 17APR MED/KUL 1450/ND0505LT

2/MH8000 17APR KUL/MED 0955/1350LT
2/MH8007 28APR JED/KUL 1725/ND07300LT

3/MH8006 28APR KUL/JED 1140/1525LT
3/MH8001 08MAY MED/KUL 1450/ND0505LT

4/MH8000 08MAY KUL/MED 0955/1350LT
4/MH8007 19MAY JED/KUL 1725/ND0730LT

5/MH8006 19MAY KUL/JED 1140/1525LT
5/MH8001 29MAY MED/KUL 1450/ND0505LT

6/MH8000 29MAY KUL/MED 0955/1350LT
6/MH8007 09JUN JED/KUL 1635/ND0640LT

7/MH8006 09JUN KUL/JED 1120/1505LT
7/MH8001 19JUN MED/KUL 1450/ND0505LT

8/MH8000 19JUN KUL/MED 0955/1350LT
8/MH8007 30JUN JED/KUL 1635/ND0640LT

Pakej Umrah 7 April 2013

Negara akan menghadapi PRU ke 13 tidak lama lagi dengan pembubaran parlimen yang terlaksana semalam, diikuti dengan pembubaran dewan undangan negeri-negeri (kecuali sarawak) yang masih berlangsung - namun, jemaah umrah DAKNA terus berlepas seperti dijadualkan dan yang berikutnya ialah pada 7 April 2013 yang akan diketuai oleh En Muhamad Fadzly Shaharani.


Kepada para jemaah yang akan bertolak Ahad ini diharapkan agar dapat memberi perhatian kepada butiran perjalanan yang telah disampaikan oleh petugas-petugas DAKNA.

Pesawat MAS dijangka berlepas pada pukul 11.20 pagi dengan penerbangan MH8002 - pastikan anda berada sekurang-kurangnya 5 jam sebelum bertolak dan berkumpul di ARAS 5, KLIA Sepang di hadapan Selangor Pewter.

Suasana di Aras 5, KLIA Sepang

Wednesday 3 April 2013

Pakej Ramadan 2013

Ablong nak war war kan yg DAKNA sudah membuka tawaran pakej pakej umrah untuk bulan ramadan.

Ramai yang dah tanya tapi kami tak dapat nak buka mulut sangat sebab harga hotel ramadan ni lambat la nak dapat.


Kini baru dapat harganya, jadi kami dengan rendah diri membuat tawaran tawaran yg berikut:

  1. 30JUN - 11JUL  : Sambut Ramadan    MAS    12H/10M   - Harga dari RM6,600
  2. 10JUL - 22JUL :  Awal Ramadan    MAS    13H/11M  - Harga dari RM7,595
  3. 21JUL - 1 OGOS : Pertengahan Ramadan    MAS    12H/10M   - Harga dari RM7,395
Penerbangan di atas adalah dengan MAS chartered flight yakni penerbangan terus ke Arab Saudi, samada Jeddah atau Madinah.

Klik di sini untuk senarai lengkap pakej-pakej umrah Dakna: SENARAI PAKEJ UMRAH DAKNA 2013
Jadi tunggu apa lagi, contact kami di Dakna segera di talian 05 806 2323 (Taiping) atau 03 4149 2441(KL) atau 05 311 5069 (Ipoh).

Ada satu lagi flight 31 Julai 2013, untuk Akhir Ramadan tapi flight balik nya masih belum confirm date nya maka siaran harga pakej ini masih tertangguh. Sabar ye...



Borang Kaji Selidik


Kali ini, Ablong ingin memaklumkan kepada para peserta pakej DAKNA yang kini sudah ada satu lagi saluran secara online untuk memberi maklum balas tentang perkhidmatan yang diberi oleh pihak DAKNA.

Juru mutawif dan pengiring setiap pakej DAKNA kini akan mengedarkan borang kaji selidik secara manual supaya sebarang komen atau cadangan untuk mengelokkan mutu khidmat DAKNA dapat dikenalpasti.

DAKNA sentiasa menganggap sebarang respons dari borang ini amat penting bagi membolehkan usaha penambahbaikan kepada kualiti perkhidmatan dapat dilaksanakan dari masa ke semasa.

Jadi kepada mereka-mereka yang memang sentiasa berlegar di alam siber, rebut peluang ini dan jangan risau kerana anda dapat mengisi borang online ini tanpa gusar dan gentar kerana identiti anda tidak diperlukan - anda cuma mesti memaklumkan tarikh pakej yg dilanggani, ok?

Borang Kaji Selidik ini dapat di isi secara online di sini:

 >>>[Borang Kaji Selidik Online]

Sampel Borang Kaji Selidik yang boleh diisi secara online