Friday 29 March 2013

Pakej Pakej Non Umrah

Selain dari pakej pakej umrah, Dakna juga ada menyediakan pakej pakej pelancongan ke lain lain destinasi percutian yg menarik untuk pilihan tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan Haji Ikram Khalid ketika mengunjungi Universal Studios Singapore

Antara pakej-pakej yg menarik untuk menjadi pilihan adalah seperti berikut:
Sila hubungi Tuan Haji Ikram di 012 5002441 untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej di atas.

Wednesday 27 March 2013

Dakna di PerakFM setiap rabu

Logo Perakfm - dipetik dari portal PerakFM

Untuk makluman semua, Dakna bersiaran di radio PerakFM setiap Rabu pada pukul 9.15pagi-9.30pagi dalam rancangan tajaan nya yg di hoskan oleh DJ Ely.

PerakFM boleh diikuti di frekuensi-frekuensi berikut:
  • 95.6 MHz Bukit Keledang, Ipoh (Perak Tengah dan Lembah Kinta)
  • 104.1 MHz Bukit larut (Perak Utara, Taiping, Pulau Pinang Selatan dan bahagian selatan Kedah)
  • 94.7 MHz Gunung Berinchang (Cameron Highlands, Pahang)
  • 96.1 MHz dan 657 KHz (Gerik)
  • 97.3 MHz Changkat Rembian, Tapah (Kinta Selatan)
  • 89.6 MHz Bukit Asah tanjong malim (Perak Selatan)
  • 94.2 MHZ Ladang Teh Lenggong (Perak Utara)
Berikut adalah rakaman radio PerakFM yg berlangsung pada 20 Feb 2013 yangmana Dakna bersiaran secara lintas langsung dari kota suci Mekah - Dengar DJ Ely menemuramah Dato Khalid Nasir serta dua tetamu undangan; Tuan Haji Idris bin Mohd Nazri dan Tuan Haji Mustapa Taib:
>> Klik sini: Rakaman Radio 20 Feb 2013

Tuesday 26 March 2013

Sambutan Jubli Perak

Tahun 2013 menjadi mercu tanda 25 tahun Dakna ditubuhkan dan ditahun ini beberapa acara dan bingkisan menarik telah disediakan bagi memeriahkan sambutan Jubli Perak ini.

Sudah pastinya sambutan Jubli Perak ini tidak bermakna tanpa Dakna memberi pengiktirafan kepada pelanggan nya.

Salah satu dari sambutan Jubli Perak ini, Dakna akan membuat cabutan bertuah setiap bulan - setakat ini dua nama akan dipilih setiap bulan dan akan diberi hadiah satu telefon pintar setiap seorang.

Hari ini Dakna telah membuat cabutan lagi dan dua nama yg bertuah di bulan Mar 2013 telah dipilih dan mereka adalah:

  1. NUR YASMIN WAHIDA BINTI HAMIL - PAKEJ 7 APRIL HINGGA 18 APRIL 2013
  2. MOHD RUSDY BIN ROSLI - PAKEJ 13 FEB HINGGA 25 FEB 2013
En Rusdy Rosli - pemenang bulan Mac 2013


Para pemenang diminta segera menghubungi pejabat Dakna Taiping untuk mengesahkan kemenangan mereka dan menguruskan pengambilan hadiah.

Dakna sebelum ini telah pun mencabut 4 nama yg bertuah untuk bulan Januari & Februari:
  1. Puan Marsion bt Ahmad (Pakej 40 waktu) - Januari 2013
  2. Anizulina bt Mohd Zulkifli (Pakej 13 Feb - 25 Feb) - Januari 2013
  3. Puan Salmiah bt Zahari (Pakej 17 Mac -28 Mac) - Februari 2013
  4. Puan Kartini Wati bt Shaari (Pakej 7 April - 18 April) - Februari 2013
Nama-nama yang dipilih untuk cabutan bertuah ini adalah dari peserta-peserta pakej Dakna tahun 2013 yg sudah habis melangsaikan pembayaran penuh harga pakej nya - Jadi kalau tuan2 atau puan2 peserta pakej di bulan jun dan telah melangsaikan habis pembayaran harga pakej, nama tuan2 dan puan2 akan dimasukkan ke dalam balang cabutan.

Puan Salmiah bt Zahari - Pemenang bulan Februari

Puan Kartini Wati bt Shaari - Pemenang bulan Februari


Keistimewaan nya sekiranya nama-nama tuan2 atau puan2 tidak dipilih pada bulan ini, nama tuan2 dan puan2 tetap kekal di dalam balang dan terus layak untuk cabutan di bulan-bulan berikut nya.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan segera melanggan pakej-pakej Dakna untuk dapat turut serta dalam cabutan bertuah yg menarik ini.

Mereka yg melanggan upah haji 2013 Dakna juga akan dapat melayakkan diri mereka untuk siri cabutan bertuah ini. 


Cik Anizulina - salah seorang pemenang cabutan bulan Januari 2013



Monday 25 March 2013

Kepulangan Jemaah Umrah 17 mar 2013

Jemaah pimpinan Tn Haji Sabri dijangka tiba di KLIA pada pukul 645 pagi 28 march 2013 dengan pesawat Mas chartered MH8001.

Harap maklum.

Minggu yg sibuk...1 pergi 3 balik

Minggu ini adalah minggu yg agak sibuk kepada petugas petugas dakna memandangkan ada satu jemaah yg akan inshaallah bertolak mengerjakan umrah dan ada 3 jemaah yg akan kembali ke tanah air.

27 march 2013 - jemaah pimpinan tn hj zakaria akan berlepas pukul 11.15 pagi via mh8000.

27 march 2013:
635 ptg : ketibaan jemaah umrah+baitul makdis melalui royal jordanian airlines.

28 march 2013:
645 pagi : ketibaan jemaah umrah cuti sekolah melalui penerbangan mas chartered

1230 tghari : ketibaan jemaah umrah 40 waktu madinah melalui kuwait airways.

Sila layari Page Dakna di Facebook untuk maklumat lanjut.

Saturday 23 March 2013

Kehadiran jemaah umrah dari asia membantu catatan rekod baru

Asian arrivals helping set new umrah record

Memetik berita dari arab news bertarikh 24 mar 2013, adalah dikhabarkan bahawa kementerian haji arab saudi melaporkan yang jumlah jemaah umrah pada tahun ini akan meningkat dari 5.5 juta tahun lepas kepada 6 juta org tahun ini.

Kemasukan jemaah dari benua asia dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada catatan rekod baru ini.

Tidak pula disebut dalam lapuran itu berapa ramai jumlah terperinci dari asia dan pecahan nya antara negeri negeri asia seperti malaysia, indonesia dsb nya.

Walau bagaimanapun kementerian haji arab saudi menasihati orang ramai yg mengerjakan umrah supaya mendaftar dengan agensi umrah yg berwibawa untuk mengelakkan dari masalah semasa berada di tanah suci samada dari segi penginapan atau pengangkutan.

Hotel di mekah mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 1.4 juta jemaah dalam sebulan.

Ablong mendapat maklumat bahawa jumlah jemaah umrah dari malaysia di tahun 2013 ini dijangka seramai 170,000 orang meningkat dari 130,000 pada tahun 2012.

Langkah pertama umrah Dakna : taklimat umrah

Sebelum kita berangkat ke tanah suci, Dakna akan menganjurkan program taklimat umrah kepada bakal tetamu Allah.

Ablong kena bagi tahu kat sini bahawa tak semua syarikat umrah ada membuat taklimat umrah. Sebahagian nya mengesyorkan agar "join" mana-mana program yg dianjurkan.

Takpe... no problem... Dakna mengalu alukan mana mana jemaah dlm program kami kerana ini majlis ilmu dan semoga ada keberkatan bila kita kongsi ilmu.

Jadi hari ni ada satu taklimat umrah bagi mereka yg nak berlepas pada 27 mar, 7 april  dan 17 april.

Seperti biasa taklimat terbahagi kepada 2 bahagian
(1) muzakarah tatacara melaksanakan umrah

(2) taklimat mengenai prosedur perjalanan

Bahagian satu disampaikan oleh af ust ismail anang dan bhg dua oleh ablong sendiri menggantikan tempat ayahanda dato khalid yg ada urusan di tempat lain.

Taklimat ini penting utk merangsang para jemaah agar dpt melaksanakan umrah dgn yakin dan melakukan perjalanan jauh dlm suasana konfiden.

Ini ditambah lagi dgn kehadiran mutawif kita di tanah suci yg akan mengiringi bersama para jemaah dlm umrah yg pertama setibanya di kota mekah.

Ada satu insiden yg berlaku kpd jemaah dakna tempohari yg menyedarkan kita ttg peri penting nya tumpuan diberikan oleh para jemaah semasa taklimat umrah.

Antara perkara pokok yg dibincangkan dlm taklimat umrah ialah rukun umrah yakni..

(1) niat ihram di miqat

(2) tawaf di baitullah

(3) saei antara safa dan marwah

(4) tahalul

(5) tertib

Dalam insiden yg tersebut di atas ia berlaku ketika beberapa ahli jemaah dalam pakej tersebut sdg mengerjakan umrah yg ketiga bilamana ada pihak di antara mereka yg menyarankan supaya selepas tawaf tidak perlu lagi saei dan boleh terus tahalul dan selesailah kerja umrah.

Rasional yg dibentangkan adalah kerana ini sudah umrah sunat dan bukan lagi wajib seperti umrah yg pertama.

Malangnya ini telah melanggar ketertiban rukun umrah dan bila kejadian ini diketahui oleh mutawif maka langkah-langkah untuk membetulkan kesilapan tadi telah diambil tapi kena melibatkan pembayaran dam.

Kejadian ini mmg amat dikesali kerana taklimat telah disampaikan dan mutawif juga memberi panduan yg jelas semasa mengiringi jemaah ketika umrah yg pertama.

Ablong tadi telah menyebut insiden ini kepada para peserta taklimat supaya kejadian itu menjadi iktibar dan pengajaran supaya ianya tidak berulang di masa akan datang.

Dakna amat berharap agar para jemaah dapat memulakan langkah menuju ibadat umrah dgn betul bak kata pepatah perjalanan seribu langkah bermula dgn langkah yg pertama.

Sekian dulu coretan buat kali ini...

ps. Bersama sama ini disertakan foto foto yg sempat dirakam dari majlis taklimat tadi.

Thursday 21 March 2013

Senarai Agen Agen Dakna

Dakna juga ada mempunyai senarai agen-agen yang boleh membantu bakal-bakal peserta pakej umrah Dakna dalam merancang perjalanan mereka.

Ablong juga telah menyediakan link ke  SENARAI AGEN DAKNA di blog Dakna untuk mengakses senarai tersebut:


Senarai Umrah 2013

Para peminat blog Dakna boleh mengklik link ke SENARAI UMRAH 2013 YG TERKINI untuk mengetahui maklumat tentang tarikh-tarikh pakej umrah dakna yg terkini.

Ablong juga telah mengujudkan satu page baru untuk kemudahan pelawat-pelawat blog dakna untuk terus mengklik ke link yg sama:


Sunday 17 March 2013

Wawasan Mekah Baru

Ablong terjumpa gambar gambar menarik yg yg menggambarkan visi yg ingin dicapai hasil dari pembangunan kota mekah sekarang.
Foto foto ini dimaklumkan kepada saya oleh sahabat saya Mohamad A Jamal yg diceduk dari http://www.facebook.com/iHaramSalaahArchives

Saturday 16 March 2013

Menuju Mekah Baru

Kali ini ablong ingin menyentuh mengenai pembangunan yang rancak berjalan di kota kelahiran junjungan besar kita,  Muhammad al mustapha saw.

Pada kunjungan ke tanah suci di bulan februari tempohari, lapuran cuaca mekah ada menyebut bahawa kotaraya mekah agak berjerabu.

Situasi ini disahihkan bila ablong tiba di mekah bilamana pembangunan yg rancak berjalan di sekitar masjidil haram telah menerbitkan habuk yg mencetuskan suasana jerebu tersebut.

Ayahanda khalid juga terpegun melihat keadaan di kawasan ghazzah yg memang dengan jelas habis diranapkan.

Sayugia diingatkan ditahun 2012, kawasan tersebut masih digunakan dan banyak kenangan pahit manis yg dilalui di sana.Namun itu semua tinggal memori dalam lipatan sejarah yg mana kelihatan seluruh kawasan di situ telah dikosongkan dan komen yg terbit dari Ayahanda hanyalah; "dah jadi macam ghost town".
Dikabarkan pembangunan ini juga ekoran tekanan dari negara negara teluk yg lain yg telah membangunkan Dubai dan sebagai nya.

Dari pengalaman Ablong pun semasa mengunjungi bandaraya dubai ternyata lebih terancang pembangunan nya dan yg amat ketara dari sudut kebersihan kotanya.

Justeru itu Ablong amat tidak bersetuju jika dikatakan negara arab tidak pandai menguruskan sumber kekayaan nya. Yang penting ada iltizam yg kuat dan tawajuh atau tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Satu fakta tambahan yg perlu dinyatakan di sini adalah kesungguhan pihak berwajib di sini utk meningkatkan keselesaan para jemaah tidak tertumpu di kawasan luar Masjidil haram tapi juga di dalam kawasan masjid.
Kerja kerja menaiktaraf kawasan tawaf untuk menjadikan nya bertingkat tingkat sedang rancak diusahakan. Projek ini dirancang agar dapat segera disiapkan sebelum tibanya musim haji tahun ini.

Semoga semua yg berlangsung di Mekah ini akan meningkatkan keselesaan para jemaah  untuk mengerjakan ibadat di tanah yg penuh barokah ini.

Tatapilah foto foto yg sempat dirakam mengenai topik ini.
Salah satu gambar kegemaran Ablong ygmana menara jam seolah-olah menjulang dari runtuhan pembinaan yg sedang dijalankan secara simbolik membayangkan Mekah baru yg bakal bangun dari tapak pembinaan.
Dalam salah satu perjalanan kami ke Tanaim, kami melalui kawasan yg rancak dibangunkan - Dato Khalid Nasir mengimbau kenangan silam sambil menunjuk tempat hotel yg biasa nya didiami oleh para jemaah Dakna.

Friday 15 March 2013

Dekat di mata, jauh di kaki

"Hotel tempat kita tinggal ni dekat di mata, jauh di kaki...."
apa maksud nye ni ye... tak faham....
maknanya... nampak macam dekat tapi bila berjalan jauh juga rasa nya....

tapi itu dulu masa hotel pilihan dakna yg terletak di kawasan ghazzah berhampiran dengan masjid kucing hanya sekitar 200meter ke 300meter dpd masjidil haram- masjid nampak di mata tapi bila kaki di kayuh terasa jugak jauh nya.

Namun kawasan ini semua telah habis dirobohkan oleh penguasa bandar Mekah bagi memberi laluan untuk pembangunan semula kawasan Masjidil Haram.

Kini, bertambahlah dilema para pengendali pakej pakej umrah bila mencari tempat penginapan di Mekah dek kerana rancaknya program pembangunan hartanah yang sedang dijalankan.


Peta diatas yg disunting dari Google Map jelas menunjukkan keadaan di  belah utara dan barat Masjidil Haram telah diratakan untuk tujuan pembangunan.

Semua ini dilaksanakan untuk menghasilkan rekabentuk baru Masjidil Haram yg dilakarkan seperti berikut:
Ternyata memang pembangunan yg dirancang berskala besar dan hanya dijangka siap sepenuhnya sekitar tahun 2015 (tidak disahkan).

Jadi pilihan lokasi hotel kpd pengendali umrah seperti Dakna hanya terletak di belah selatan yakni di kawasan Misfalah atau Ajyad di belah timur.

Dakna membuat keputusan memilih Jawharat Firdaus di kawasan Misfalah untuk penginapan para jemaah nya untuk pakej di bulan Februari 2013 - hotel bulan seterusnya mungkin berubah tapi lokasi nya mungkin tetap di kawasan yg sama.


Jarak hotel ini dari Masjidil Haram adalah 750meter - terus terang memang agak jauh berbanding 300meter sahaja di sebelah ghazzah namun permukaan cerun jalan nya yg rata membuat kan ianya dipilih berbanding kawasan Ajyad yg agak berbukit.


Ablong sudah mencuba beberapa kali berjalan - pada kadar yg laju boleh rempit dlm masa 10 minit - tapi pada kadar kelajuan slow motion berjalan beriringan dgn ayahanda dato pengarah urusan yg berusia 74 tahun boleh mencecah 20 minit... Mmg kena sesuaikn jadual perjalanan ke masjidil haram - yg pasti tak boleh la tunggu azan baru nak menapak hahaha.... Disyorkan subuh boleh pegi dan balik spt biasa, dan begitu juga zuhur sebab sarapan pagi dan mkn tengahari menanti kalian sekembali dari masjid - tapi terbaik untuk iktikaf di masjidil haram dari asar sampai selesai isya utk mkn malam di hotel. Dapat pahala iktikaf, dan boleh tawaf sunat dan baca quran banyak banyak. Yang pasti walau jauh di mata, jauh di kaki, kerinduan kita pada Baitullah akan buat kan ianya sentiasa dekat di hati kita. Sekian dulu coretan kali ini... Ablong signing out....

Thursday 14 March 2013

Entri Pertama


Tujuan blog ini diujudkan adalah untuk menjadi medium yang informatif mengenai aktiviti-aktiviti syarikat Dakna Travel & Tours Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Syarikat DAKNA.

Blog ini juga diharap dapat menjadi pentas untuk semua warga Dakna dan para jemaah Dakna untuk berkongsi maklumat dalam suasana ceria dan santai dengan asas FAKTA yg tepat.

Blog ini juga bercita cita menjadi naratif atau keterangan yang lebih lanjut kepada dua lagi medium internet kami yakni:

  • Laman web : http://daknatravel.com/
  • FB Page: http://www.facebook.com/pages/DAKNA-Travel-Tours/118642058182735

Sebagai entri pertama blog Dakna ini.... apakata sedikit pengenalan mengenai latarbelakang Dakna:

Dakna ditubuhkan dalam tahun 1988 dan tahun ini kami merayakan sambutan ulangtahun jubli perak selama 25 tahun penubuhan kami.

Perkataan DAKNA merupakan akronim ataupun ringkasan kepada Dato Abdul Khalid NAsir yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Dakna.

Dakna berpengkalan di Taiping dengan mempunyai pejabat di Setapak KL & Taman Sri Rokam di Ipoh.


Gambar di atas merupakan lokasi ibupejabat Dakna yg terletak di no198A, Tingkat 1, Bangunan Majlis Agama Islam, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

Sebagai sebuah syarikat, Dakna bergiat cergas memberi khidmat menganjurkan pakej pakej umrah dan khidmat upah haji/umrah.

Cukup dulu sebagai mukadimah ringkas, kita bertemu lagi dalam entri-entri lain dalam berbagai topik yg dianggap dekat di hati Dakna untuk tatapan kita bersama.

- Ablong Dakna (ablong adalah ringkasan kepada abanglong yg akan digunakan sebagai gantian nama penulis sepanjang penerbitan blog ini melainkan diberitahu sebaliknya)