Thursday 14 March 2013

Entri Pertama


Tujuan blog ini diujudkan adalah untuk menjadi medium yang informatif mengenai aktiviti-aktiviti syarikat Dakna Travel & Tours Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Syarikat DAKNA.

Blog ini juga diharap dapat menjadi pentas untuk semua warga Dakna dan para jemaah Dakna untuk berkongsi maklumat dalam suasana ceria dan santai dengan asas FAKTA yg tepat.

Blog ini juga bercita cita menjadi naratif atau keterangan yang lebih lanjut kepada dua lagi medium internet kami yakni:

  • Laman web : http://daknatravel.com/
  • FB Page: http://www.facebook.com/pages/DAKNA-Travel-Tours/118642058182735

Sebagai entri pertama blog Dakna ini.... apakata sedikit pengenalan mengenai latarbelakang Dakna:

Dakna ditubuhkan dalam tahun 1988 dan tahun ini kami merayakan sambutan ulangtahun jubli perak selama 25 tahun penubuhan kami.

Perkataan DAKNA merupakan akronim ataupun ringkasan kepada Dato Abdul Khalid NAsir yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Dakna.

Dakna berpengkalan di Taiping dengan mempunyai pejabat di Setapak KL & Taman Sri Rokam di Ipoh.


Gambar di atas merupakan lokasi ibupejabat Dakna yg terletak di no198A, Tingkat 1, Bangunan Majlis Agama Islam, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

Sebagai sebuah syarikat, Dakna bergiat cergas memberi khidmat menganjurkan pakej pakej umrah dan khidmat upah haji/umrah.

Cukup dulu sebagai mukadimah ringkas, kita bertemu lagi dalam entri-entri lain dalam berbagai topik yg dianggap dekat di hati Dakna untuk tatapan kita bersama.

- Ablong Dakna (ablong adalah ringkasan kepada abanglong yg akan digunakan sebagai gantian nama penulis sepanjang penerbitan blog ini melainkan diberitahu sebaliknya)

3 comments:

  1. Salam Broalhadi, congrats for blogging. Great subject to share, look forward to reading great posts.

    ReplyDelete
  2. Tq bro jeb... nice to have u around... I will surely check your blog too..

    ReplyDelete
  3. Teruskn usaha dakwah ni ablong..semuga drahmati Allah..

    ReplyDelete