Saturday 16 March 2013

Menuju Mekah Baru

Kali ini ablong ingin menyentuh mengenai pembangunan yang rancak berjalan di kota kelahiran junjungan besar kita,  Muhammad al mustapha saw.

Pada kunjungan ke tanah suci di bulan februari tempohari, lapuran cuaca mekah ada menyebut bahawa kotaraya mekah agak berjerabu.

Situasi ini disahihkan bila ablong tiba di mekah bilamana pembangunan yg rancak berjalan di sekitar masjidil haram telah menerbitkan habuk yg mencetuskan suasana jerebu tersebut.

Ayahanda khalid juga terpegun melihat keadaan di kawasan ghazzah yg memang dengan jelas habis diranapkan.

Sayugia diingatkan ditahun 2012, kawasan tersebut masih digunakan dan banyak kenangan pahit manis yg dilalui di sana.Namun itu semua tinggal memori dalam lipatan sejarah yg mana kelihatan seluruh kawasan di situ telah dikosongkan dan komen yg terbit dari Ayahanda hanyalah; "dah jadi macam ghost town".
Dikabarkan pembangunan ini juga ekoran tekanan dari negara negara teluk yg lain yg telah membangunkan Dubai dan sebagai nya.

Dari pengalaman Ablong pun semasa mengunjungi bandaraya dubai ternyata lebih terancang pembangunan nya dan yg amat ketara dari sudut kebersihan kotanya.

Justeru itu Ablong amat tidak bersetuju jika dikatakan negara arab tidak pandai menguruskan sumber kekayaan nya. Yang penting ada iltizam yg kuat dan tawajuh atau tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Satu fakta tambahan yg perlu dinyatakan di sini adalah kesungguhan pihak berwajib di sini utk meningkatkan keselesaan para jemaah tidak tertumpu di kawasan luar Masjidil haram tapi juga di dalam kawasan masjid.
Kerja kerja menaiktaraf kawasan tawaf untuk menjadikan nya bertingkat tingkat sedang rancak diusahakan. Projek ini dirancang agar dapat segera disiapkan sebelum tibanya musim haji tahun ini.

Semoga semua yg berlangsung di Mekah ini akan meningkatkan keselesaan para jemaah  untuk mengerjakan ibadat di tanah yg penuh barokah ini.

Tatapilah foto foto yg sempat dirakam mengenai topik ini.
Salah satu gambar kegemaran Ablong ygmana menara jam seolah-olah menjulang dari runtuhan pembinaan yg sedang dijalankan secara simbolik membayangkan Mekah baru yg bakal bangun dari tapak pembinaan.
Dalam salah satu perjalanan kami ke Tanaim, kami melalui kawasan yg rancak dibangunkan - Dato Khalid Nasir mengimbau kenangan silam sambil menunjuk tempat hotel yg biasa nya didiami oleh para jemaah Dakna.

2 comments:

  1. saybas atas entry mengenai kota mekkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mad jamal atas sokongan tuan ke atas blog ini...

      Delete