Friday 12 April 2013

Kasih bertautdi bumi barokah

"Macamana dengan permohonan visa semua ahli jemaah kita yg akan berlepas 13 februari ni?", ablong bertanya untuk kepastian.

"Semua lulus kecuali 4 orang", jawab akmam, eksekutif Dakna yg sudah biasa berurusan dgn agen visa.

"Ya Allah... siapa depa ni?" , tanya ablong kembali.

Bila ablong meneliti senarai nya, terdapat dua orang dari taiping (pakcik sehu dan isteri) dan dua orang lagi dari ipoh (sdr ashman dan mak nya).

"Ini dah hari jumaat 8 feb..... Rabu 13 feb dah nk bertolak. ... isnin dan selasa kedutaan arab saudi tutup sebab raya cina... memang dah tak sempat nak rayu sebelum berlepas", andaian ini bermain di fikiran ablong.

[Sebenarnya visa mereka ni tak reject tapi belum lulus dan masa untuk follow up sudah kesuntukan sebabkan cuti raya cina tersebut - komplikasi timbul bila kedapatan dokumen tambahan yg diminta dan ini boleh melewatkan proses kelulusan]

Dato telah buat keputusan supaya ablong pegi jumpa pakcik sehu di rumah nya petang jumaat tu jgk. "Kita kena bagi tahu diarg personally - ablong pergi jumpa pakcik sehu biar abah jumpa ashman dgn mak nye semasa taklimat di ipoh esok", itu pesan dato pada ablong.

Ayahanda dah bertitah maka ablong kena laksanakan la... ablong ajak fadzly dan kitaorg pegi ke taman lela cari rumah pakcik sehu...

Kami smpi ke rumah pakcik Sehu lebihkurang pukul 7ptg dan berita mengejut itu disambut dgn deraian airmata makcik Jahara yg terkilan sgt dgn berita itu bak halilintar yg menyambar.

Pakcik sehu tenang mendengar berita itu namun menceritakan perihal kesedihan isterinya, "cubalah haji hadi tengok macmana tak sedihnya makcik hang ni..... semua bag dah siap kemas" - pakcik sehu menunjukkan deretan bagasi yg hanya menunggu tuan nya mengangkat ke dalam kenderaan.

"Kami ni dah ready nak pegi kl ke rumah hasnul sebelum berlepas rabu ini", tambah pakcik lagi. Pakcik sehu reda dengan ketetapan ilahi, "Biar pakcik pujuk makcik ni... nanti dia ok la."

[Sedikit cerita latar..... deme ni dah rancang nak pergi umrah 4 beranak... pakcik sehu dan makcik jahara... serta anaknya hasnulhady serta isterinya, shafarizan - ablong dah contact hasnul sebelum pergi ke taman lela dan dia juga frust giler dgn perkembangan ni - "kami dah lama plan umrah ni... saya dan isteri pun dah siap ambik cuti]

To keep the story short.... semua telah pasrah dgn keadaan ini dan hasnulhady dan isteri setuju utk teruskan dalam pakej 13 feb tapi kami dakna akan usahakan supaya pakcik dan makcik dpt menyertai pakej Dakna yg berikutnya yg dijadualkan pada 20feb.

Diaorg kena terpisah sekarang tapi dpt sekurang-kurang nya sempat berumrah bersama dipenghujung perjalanan pakej 13feb.. itulah harapannya sekarang.

Hakikatnya.... cabaran di pihak kami belum selesai kerana realiti nya.... tiket untuk 20feb dah habis... Setelah memujuk dan berunding dgn agen tiket penerbangan akhirnya dua tiket untuk pakcik sehu dan makcik jahara dpt diperolehi.... itupun lantaran dua pemohon visa utk tarikh itu jgk tidak dapat memperolehi visa.

Masih ingat lagi ablong bilamana berita ini dikabarkan kepada hasnol dan isteri di dewan makan di madinah, mereka kelihatan begitu terharu dan mengucapkan terimakasih yg tak terhingga.

Begitu jgk ablong di fahamkan oleh Akmam bahawa makcik jahara skali lagi menangis mendapat berita ini tapi kali ini diiringi rasa syukur dan gembira.

Maka nya, pentas telah disiapkan untuk pertemuan bersejarah di mekah bagi pakcik sehu, makcik jahara, hasnolhady dan istrinya shafarizan.

Ablong dan Dato akhirnya dapat menghela nafas lega sedang kami memanjatkan kesyukuran ke hadhrat ilahi dlm menjadi saksi kepada episod kasih bertaut di tanah barokah.....

Labbaikallahummalabbaik.......

4 comments:

  1. Replies
    1. terimakasih kerana mengikuti blog ini sdr paizalzainal..... kita hanya merancang tapi Allah jua yg menentukan..... bila kita reda Allah akan bagi kemanisan iman inshaallah...

      Delete
  2. alhamdulillah...akhirnya dapat juga berjumpa di tanah suci..hanya dakna yang tahu mcm mana syukurnya dapat memuaskan hati para jemaah...

    ReplyDelete