Friday 15 March 2013

Dekat di mata, jauh di kaki

"Hotel tempat kita tinggal ni dekat di mata, jauh di kaki...."
apa maksud nye ni ye... tak faham....
maknanya... nampak macam dekat tapi bila berjalan jauh juga rasa nya....

tapi itu dulu masa hotel pilihan dakna yg terletak di kawasan ghazzah berhampiran dengan masjid kucing hanya sekitar 200meter ke 300meter dpd masjidil haram- masjid nampak di mata tapi bila kaki di kayuh terasa jugak jauh nya.

Namun kawasan ini semua telah habis dirobohkan oleh penguasa bandar Mekah bagi memberi laluan untuk pembangunan semula kawasan Masjidil Haram.

Kini, bertambahlah dilema para pengendali pakej pakej umrah bila mencari tempat penginapan di Mekah dek kerana rancaknya program pembangunan hartanah yang sedang dijalankan.


Peta diatas yg disunting dari Google Map jelas menunjukkan keadaan di  belah utara dan barat Masjidil Haram telah diratakan untuk tujuan pembangunan.

Semua ini dilaksanakan untuk menghasilkan rekabentuk baru Masjidil Haram yg dilakarkan seperti berikut:
Ternyata memang pembangunan yg dirancang berskala besar dan hanya dijangka siap sepenuhnya sekitar tahun 2015 (tidak disahkan).

Jadi pilihan lokasi hotel kpd pengendali umrah seperti Dakna hanya terletak di belah selatan yakni di kawasan Misfalah atau Ajyad di belah timur.

Dakna membuat keputusan memilih Jawharat Firdaus di kawasan Misfalah untuk penginapan para jemaah nya untuk pakej di bulan Februari 2013 - hotel bulan seterusnya mungkin berubah tapi lokasi nya mungkin tetap di kawasan yg sama.


Jarak hotel ini dari Masjidil Haram adalah 750meter - terus terang memang agak jauh berbanding 300meter sahaja di sebelah ghazzah namun permukaan cerun jalan nya yg rata membuat kan ianya dipilih berbanding kawasan Ajyad yg agak berbukit.


Ablong sudah mencuba beberapa kali berjalan - pada kadar yg laju boleh rempit dlm masa 10 minit - tapi pada kadar kelajuan slow motion berjalan beriringan dgn ayahanda dato pengarah urusan yg berusia 74 tahun boleh mencecah 20 minit... Mmg kena sesuaikn jadual perjalanan ke masjidil haram - yg pasti tak boleh la tunggu azan baru nak menapak hahaha.... Disyorkan subuh boleh pegi dan balik spt biasa, dan begitu juga zuhur sebab sarapan pagi dan mkn tengahari menanti kalian sekembali dari masjid - tapi terbaik untuk iktikaf di masjidil haram dari asar sampai selesai isya utk mkn malam di hotel. Dapat pahala iktikaf, dan boleh tawaf sunat dan baca quran banyak banyak. Yang pasti walau jauh di mata, jauh di kaki, kerinduan kita pada Baitullah akan buat kan ianya sentiasa dekat di hati kita. Sekian dulu coretan kali ini... Ablong signing out....

No comments:

Post a Comment