Tuesday 26 March 2013

Sambutan Jubli Perak

Tahun 2013 menjadi mercu tanda 25 tahun Dakna ditubuhkan dan ditahun ini beberapa acara dan bingkisan menarik telah disediakan bagi memeriahkan sambutan Jubli Perak ini.

Sudah pastinya sambutan Jubli Perak ini tidak bermakna tanpa Dakna memberi pengiktirafan kepada pelanggan nya.

Salah satu dari sambutan Jubli Perak ini, Dakna akan membuat cabutan bertuah setiap bulan - setakat ini dua nama akan dipilih setiap bulan dan akan diberi hadiah satu telefon pintar setiap seorang.

Hari ini Dakna telah membuat cabutan lagi dan dua nama yg bertuah di bulan Mar 2013 telah dipilih dan mereka adalah:

  1. NUR YASMIN WAHIDA BINTI HAMIL - PAKEJ 7 APRIL HINGGA 18 APRIL 2013
  2. MOHD RUSDY BIN ROSLI - PAKEJ 13 FEB HINGGA 25 FEB 2013
En Rusdy Rosli - pemenang bulan Mac 2013


Para pemenang diminta segera menghubungi pejabat Dakna Taiping untuk mengesahkan kemenangan mereka dan menguruskan pengambilan hadiah.

Dakna sebelum ini telah pun mencabut 4 nama yg bertuah untuk bulan Januari & Februari:
  1. Puan Marsion bt Ahmad (Pakej 40 waktu) - Januari 2013
  2. Anizulina bt Mohd Zulkifli (Pakej 13 Feb - 25 Feb) - Januari 2013
  3. Puan Salmiah bt Zahari (Pakej 17 Mac -28 Mac) - Februari 2013
  4. Puan Kartini Wati bt Shaari (Pakej 7 April - 18 April) - Februari 2013
Nama-nama yang dipilih untuk cabutan bertuah ini adalah dari peserta-peserta pakej Dakna tahun 2013 yg sudah habis melangsaikan pembayaran penuh harga pakej nya - Jadi kalau tuan2 atau puan2 peserta pakej di bulan jun dan telah melangsaikan habis pembayaran harga pakej, nama tuan2 dan puan2 akan dimasukkan ke dalam balang cabutan.

Puan Salmiah bt Zahari - Pemenang bulan Februari

Puan Kartini Wati bt Shaari - Pemenang bulan Februari


Keistimewaan nya sekiranya nama-nama tuan2 atau puan2 tidak dipilih pada bulan ini, nama tuan2 dan puan2 tetap kekal di dalam balang dan terus layak untuk cabutan di bulan-bulan berikut nya.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan segera melanggan pakej-pakej Dakna untuk dapat turut serta dalam cabutan bertuah yg menarik ini.

Mereka yg melanggan upah haji 2013 Dakna juga akan dapat melayakkan diri mereka untuk siri cabutan bertuah ini. 


Cik Anizulina - salah seorang pemenang cabutan bulan Januari 2013



No comments:

Post a Comment