Saturday 23 March 2013

Langkah pertama umrah Dakna : taklimat umrah

Sebelum kita berangkat ke tanah suci, Dakna akan menganjurkan program taklimat umrah kepada bakal tetamu Allah.

Ablong kena bagi tahu kat sini bahawa tak semua syarikat umrah ada membuat taklimat umrah. Sebahagian nya mengesyorkan agar "join" mana-mana program yg dianjurkan.

Takpe... no problem... Dakna mengalu alukan mana mana jemaah dlm program kami kerana ini majlis ilmu dan semoga ada keberkatan bila kita kongsi ilmu.

Jadi hari ni ada satu taklimat umrah bagi mereka yg nak berlepas pada 27 mar, 7 april  dan 17 april.

Seperti biasa taklimat terbahagi kepada 2 bahagian
(1) muzakarah tatacara melaksanakan umrah

(2) taklimat mengenai prosedur perjalanan

Bahagian satu disampaikan oleh af ust ismail anang dan bhg dua oleh ablong sendiri menggantikan tempat ayahanda dato khalid yg ada urusan di tempat lain.

Taklimat ini penting utk merangsang para jemaah agar dpt melaksanakan umrah dgn yakin dan melakukan perjalanan jauh dlm suasana konfiden.

Ini ditambah lagi dgn kehadiran mutawif kita di tanah suci yg akan mengiringi bersama para jemaah dlm umrah yg pertama setibanya di kota mekah.

Ada satu insiden yg berlaku kpd jemaah dakna tempohari yg menyedarkan kita ttg peri penting nya tumpuan diberikan oleh para jemaah semasa taklimat umrah.

Antara perkara pokok yg dibincangkan dlm taklimat umrah ialah rukun umrah yakni..

(1) niat ihram di miqat

(2) tawaf di baitullah

(3) saei antara safa dan marwah

(4) tahalul

(5) tertib

Dalam insiden yg tersebut di atas ia berlaku ketika beberapa ahli jemaah dalam pakej tersebut sdg mengerjakan umrah yg ketiga bilamana ada pihak di antara mereka yg menyarankan supaya selepas tawaf tidak perlu lagi saei dan boleh terus tahalul dan selesailah kerja umrah.

Rasional yg dibentangkan adalah kerana ini sudah umrah sunat dan bukan lagi wajib seperti umrah yg pertama.

Malangnya ini telah melanggar ketertiban rukun umrah dan bila kejadian ini diketahui oleh mutawif maka langkah-langkah untuk membetulkan kesilapan tadi telah diambil tapi kena melibatkan pembayaran dam.

Kejadian ini mmg amat dikesali kerana taklimat telah disampaikan dan mutawif juga memberi panduan yg jelas semasa mengiringi jemaah ketika umrah yg pertama.

Ablong tadi telah menyebut insiden ini kepada para peserta taklimat supaya kejadian itu menjadi iktibar dan pengajaran supaya ianya tidak berulang di masa akan datang.

Dakna amat berharap agar para jemaah dapat memulakan langkah menuju ibadat umrah dgn betul bak kata pepatah perjalanan seribu langkah bermula dgn langkah yg pertama.

Sekian dulu coretan buat kali ini...

ps. Bersama sama ini disertakan foto foto yg sempat dirakam dari majlis taklimat tadi.

No comments:

Post a Comment