Saturday 23 March 2013

Kehadiran jemaah umrah dari asia membantu catatan rekod baru

Asian arrivals helping set new umrah record

Memetik berita dari arab news bertarikh 24 mar 2013, adalah dikhabarkan bahawa kementerian haji arab saudi melaporkan yang jumlah jemaah umrah pada tahun ini akan meningkat dari 5.5 juta tahun lepas kepada 6 juta org tahun ini.

Kemasukan jemaah dari benua asia dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada catatan rekod baru ini.

Tidak pula disebut dalam lapuran itu berapa ramai jumlah terperinci dari asia dan pecahan nya antara negeri negeri asia seperti malaysia, indonesia dsb nya.

Walau bagaimanapun kementerian haji arab saudi menasihati orang ramai yg mengerjakan umrah supaya mendaftar dengan agensi umrah yg berwibawa untuk mengelakkan dari masalah semasa berada di tanah suci samada dari segi penginapan atau pengangkutan.

Hotel di mekah mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 1.4 juta jemaah dalam sebulan.

Ablong mendapat maklumat bahawa jumlah jemaah umrah dari malaysia di tahun 2013 ini dijangka seramai 170,000 orang meningkat dari 130,000 pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment